Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ada menghantar beberapa surat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan sokongan selepas terdapat saingan daripada syarikat lain yang berminat mengendali pusat sehenti (OSC) di China dan beberapa negara lain.